Monday, January 24, 2011

Happy 12th Anniversary!

25 Januari 1999... Kalau tengok dari tarikh ni, takde yang special. Tapi tarikh ni sangat bermakna buat diriku. Hari pertama menjejakkan kaki di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra. Mekacih buat kawan-kawan yang dah mengingatkan aku tarikh ni.

Masih ingat ag hari tu abah dan ma yang anta. Awal tu tersesat jugak nak cari sekolah ni tapi last-last jumpa. Sampai sana tengah hari dalam kul 12. Orang lain mesti dah lama sampai kan sebab tinggal sket je kat dalam dewan. Berdebar jugak nak jadi 'budak baru' ni. Takde pengalaman duk hostel, kawan pun takde. Macam mane laa nak survive. Macam-macam terbayang dalam kepala otak ni. Benda first yang nak kena setel mase tu ialah pendaftaran. Mase tu laa aku kenal arwah kak izah, my kak bim. Kecik molek, comey je kak izah ni. Nasib baek ada kak bim, dia tolong setelkan pendaftaran tu. Lepas tu dah tak ingat ape yang berlaku. Kalau tak salah ada jamuan hari raye jugak. Sebagai 'budak baru', takde makna pun jamuan tu.

Dah setel sume, tiba laa mase naik ke dorm. Mase tu dapat dorm C3-4B. Satu dorm ngan Nik, Ayu, Fidah (ketua dorm), Ira, Mc Dee, Arma, Yonex, Mc na.. Tu je nama-nama yang aku ingat. Seronok jugak kenal saim-saim baru ni tapi sedey lak nak kena tinggal sorang-sorang survive kat sini. Takut pun ada. Huhuu..

Lepas tu ada minggu orientasi 1 minggu, benda yang paling tak best sepanjang 5 taun kat sane. Dah laa banyak benda yang tak tau, kena marah n jerit-jerit ngn kakak-kakak prefect pulak tu. Lambat sket kena marah, salah sket kena marah. Hampeh btol..

Hmmm, banyak ag suka-duka sepanjang 5 taun hidup kat sana. Tak boleh nak sebut satu persatu. Sumenya masih segar dalam ingatan ni.

Dah 12 taun berlalu, sekarang ni dah ramai yang kawen, tunang. Yang dah ada anak pun ramai. Semoga berbahagia all my friends...

To all farisians 9903, Happy 12th anniversary. Love u all..

3 comments:

eNdofMe said...

ye uni..rindunyer saat2 skola dulu..

scarlet_roses said...

windu kan...skrg ni bru rase..

CassiaSiamea said...

tarikh speacial....

Post a Comment