Sunday, January 30, 2011

Beca,,,

Bila belek balik gambar Cuti-cuti Surabaya, baru terperasan banyak btol gambar beca dalam album tu. Beca atau trishaw ni adalah salah satu pengangkutan umum yang sering digunakan mase duk Surabaya dulu. Kalau malas nak jalan kaki pegi kampus, aku naik beca. Biasa bagi kat bapak tu Rp 5000 je. Tu dah cukup bagi diorang. Bukan untuk pengangkutan pegi kampus je. Kalau kitorang nak pindah umah pun guna beca gak. Diorang yang akan angkat barang-barang tu taruh kat beca sesuka hati diorang. Kadang-kadang tu aku tengok tinggi sangat sampai terpikir 'nampak ke pakcik ni nak tengok jalan kat depan tu?'. Dah angkut 2-3 kali, kitorang kasi laa dalam Rp 30 000. Kalau cian n murah hati sket, kasi laa dalam Rp 50 000.

Kalau kat Malaysia, dalam zaman modern yang serba canggih ni dah jarang orang naik beca. Kalau ada pun kat Melaka tu untuk tarik perhatian pelancong asing. Tapi kat Kelantan still digunakan. Biasanya aku tengok makcik-makcik yang naik pagi-pagi kat pasar Siti Khadijah tu untuk angkut barang-barang macam sayur. Tak tau pulak berapa yang makcik tu kasi.

Kalau kat Indonesia pulak, berderet beca kat tepi jalan. Kalau kite lalu, mesti diorang cakap macam ni 'mbak,beca ta?'..hihii.. Paling best naik malam round Surabaya. Fuhhh...


*gigih*bapak ni tengah tolak beca naik bukit


*untuk angkut barang selain dari angkut orang


*ada cover plastik untuk hujan or panas terik


*realiti


*kat tengah-tengah pusat bandar


*tengah tunggu customers

Tuesday, January 25, 2011

Dilemma,,,

Aku ni tak abis-abis ngan dilemma. Sket-sket dilemma. Kali ni dilemma tak tau nak apply HO kat mane. Awal-awal dulu nak mitak KB je sebab paling dekat ngan umah. Tapi terdengar pulak rumors dari kawan-kawan. Diorang cakap kalau HO kat KB, MO nanti dia akan anta luar dari Kelantan. Satu ag, kalau HO kat Sabah or Sarawak, MO nanti konpim dia takkan anta kat sane. Hmmmm, btol ke ni?

Kalau macam tu, baik HO kat Sabah Sarawak je so that MO nanti bleh mintak Kelantan. Or HO luar Kelantan e.g Kedah, Terengganu. Aritu tetiba je terpikir nak mintak Kedah padahal takde sedara mara pun kat Kedah tu. Maybe ada sumthing di sebalik ni. Hanya Allah yang tau.

Papepun, sentiasa mintak petunjuk dari Allah s.w.t sebab Dia Maha mengetahui segalanya. Kalau sesape ada experience or suggestions pasal mane-mane hospital untuk houseman ni, bleh laa share ngan diriku. Sharing is caring~

Monday, January 24, 2011

Happy 12th Anniversary!

25 Januari 1999... Kalau tengok dari tarikh ni, takde yang special. Tapi tarikh ni sangat bermakna buat diriku. Hari pertama menjejakkan kaki di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra. Mekacih buat kawan-kawan yang dah mengingatkan aku tarikh ni.

Masih ingat ag hari tu abah dan ma yang anta. Awal tu tersesat jugak nak cari sekolah ni tapi last-last jumpa. Sampai sana tengah hari dalam kul 12. Orang lain mesti dah lama sampai kan sebab tinggal sket je kat dalam dewan. Berdebar jugak nak jadi 'budak baru' ni. Takde pengalaman duk hostel, kawan pun takde. Macam mane laa nak survive. Macam-macam terbayang dalam kepala otak ni. Benda first yang nak kena setel mase tu ialah pendaftaran. Mase tu laa aku kenal arwah kak izah, my kak bim. Kecik molek, comey je kak izah ni. Nasib baek ada kak bim, dia tolong setelkan pendaftaran tu. Lepas tu dah tak ingat ape yang berlaku. Kalau tak salah ada jamuan hari raye jugak. Sebagai 'budak baru', takde makna pun jamuan tu.

Dah setel sume, tiba laa mase naik ke dorm. Mase tu dapat dorm C3-4B. Satu dorm ngan Nik, Ayu, Fidah (ketua dorm), Ira, Mc Dee, Arma, Yonex, Mc na.. Tu je nama-nama yang aku ingat. Seronok jugak kenal saim-saim baru ni tapi sedey lak nak kena tinggal sorang-sorang survive kat sini. Takut pun ada. Huhuu..

Lepas tu ada minggu orientasi 1 minggu, benda yang paling tak best sepanjang 5 taun kat sane. Dah laa banyak benda yang tak tau, kena marah n jerit-jerit ngn kakak-kakak prefect pulak tu. Lambat sket kena marah, salah sket kena marah. Hampeh btol..

Hmmm, banyak ag suka-duka sepanjang 5 taun hidup kat sana. Tak boleh nak sebut satu persatu. Sumenya masih segar dalam ingatan ni.

Dah 12 taun berlalu, sekarang ni dah ramai yang kawen, tunang. Yang dah ada anak pun ramai. Semoga berbahagia all my friends...

To all farisians 9903, Happy 12th anniversary. Love u all..

Sunday, January 23, 2011

Malaysian HO Application

I got this from my friend. Amek kat facebook. Harap-harap berguna..

The right procedure for HO application needs u to go putrajaya (SPA,MMC,MOH) atleast 2 days ( frstly,u wud need to reg at MMC days bfore n then come another day to SPA for intview n MOH )..but if ure lazy, far away, or u don’t have much time , this is the ideal one..u can just spend a day in putrajaya..

1st step
-fill SPA8i online (make sure u already hve full transcript)..in a week, SPA will send a letter of confrmation that u already been registerd..

http://putra3.spa.gov.my/online/BorangPemohonServlet?jenis_pohon=ijaSarPhd&NextPage=%2Fdaftar_manual%2Fborang%2Fmaklumat_peribadi_pemohon_v2.jsp

-Download MMC form n fill (cont 4th step)
http://mmc.gov.my/v1/docs/form/1.Sementara%20-%20kemaskini.pdf

2nd step
If u r ready for appointment, then call the officer in charge 03-8885 6338/6372 (pn zamzarina/azura)..normally the interview will be held around 1-4 weeks after app hve been made...make sure u CALL . SPA will send an offer ltter via pos n emel as well..

3rd step
Interview at SPA. Come as early as 8am!! Ist come, 1st intrview, then ull hve more time to deal with MMC and MOH in the same day…Don’t worry about the interview,there will be 2 panel from spa n MOH respectively…bace dengue,DM, HT n ACS..cukuplah.....somehow u’ll pass..hehe

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62520 PUTRAJAYA MALAYSIA.

Make sure u bring:
i) 1 Passport picture
ii) Bring the ori & 1 certified copy of the following documents: – IC – Birth Cert – SPM Cert – Full Transcript (make sure translated to English) – Degree (Sked,MD)/ if u don’t hve dgree bring surat keterangan kelulusan
iii) Parents’ IC number

4th step
Hand in your form downloaded at 1st step at MMC
Malaysian Medical Council Bahagian Sumber Manusia Aras 2, Blok E1, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia.

5th step
Go to Kompleks E. fill in your form(KKM)/ BMD (boring maklumat diri).. u would need to come in person to KKM to fill in this form.
Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Sumber Manusia Aras 9, Blok E7, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia.

i) 1 Passport picture
ii) Bring the original & 1 certified copy of the following documents: – IC – Birth Cert – SPM Cert – Full Transcript – Degree (Sked,MD)/ surat keterangan
iii) Parents’ IC number

6th step
Kursus induksi will be held around 1-2 mo after u get surat pendaftran sementara from MMC..u’ll know ur hospital placement there..

p/s bring original document and at least 5 certified copies of (IC,bith cer, spm cer, full transkrip,dgree/surat keterangan)

Friday, January 21, 2011

K.A.N.G.E.N,,,,

Arini baru 1 hari tak jumpa Abg n Adek tapi dah kangen berat ngan diorang. Macam sebulan dah tak jumpa. Yang paling best bila Adek aka Chian datang bilik cari Cikni dia. Padahal semalam dia jugak yang anta Cikni kat airport.

Bangun!!!
Assalamualaikum...
Knock knock...

Macam tu laa Chian bila nak masuk bilik orang lain, dia bagi salam dulu. Bagus kan Chian ni. Chian cari Cikni kat dalam bilik tapi takde orang. So, mama ye explain Cikni dah balik Kelate. Pastu Chian merengek sebab tak puas hati. Nak naik aeroplane jugak laa tu kan.

Pastu mama Chian call report arini Chian tido lagi dalam class. 4 orang cikgu anta masuk kete. Sorang angkat Chian, sorang bawa beg, sorang bawa kasut n sorang lagi bawa bekal.HAHAHAHAAA.. Ape nak jadi ngan Chian ni...

Jaga Abg n Adek selama 1 minggu ni rasa macam dah kurus sket. Kena lari tangkap diorang, pastu naik turun tangga teman diorang g jenguk Cici. Yang paling penting kena banyakkan bersabar layan kerenah diorang ni.

Tuesday, January 18, 2011

Dilemma Seorang Penganggur,,,

Which one do you prefer? iphone or blackberry?

Walaupun duit takde satu sen pun, still berangan nak beli tu, nak beli ni. My sista recommend iphone, kawan-kawan pulak pakat duk suh beli BB. So, how? Fening-fening,,,

Thursday, January 6, 2011

Cuti-Cuti Indonesia!!!

Esok hari Jumaat bersamaan 7 Januari 2011 adalah bermulanya hari untuk cuti-cuti Indonesia bersama family. Kali ni yang join sekali 5 orang Ma, Abah, Kakak, Abang n Me. Awal-awal Adek nak join sekali tapi disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan, so dia tak dapat join kitorang. Cian dia tak penah sampai Surabaya. Kali ni Amsyar n Chian tak dapat join jugak sebab mama diorang ada keje. Kaklong pun sama. So, kitorang ber5 je.


12 Januari ni ada pelantikan aka konvo dalam bahasa kita. Tak sabar sebenarnya ni. Walaupun konvo kat sana tak semeriah konvo kat Malaysia sebab takde gerai-gerai jualan yang jual bunga, teddy bear n benda-benda macam tu laa. So, kalau nak bagi bunga kat sape-sape, kena laa beli awal-awal. Tak best kan.. Tapi ada yang bestnya. Sebab aritu laa kita boleh melaram habis-habisan aka jangokss. Memang orang-orang sana termasuk family akan melaram gila-gila tyme konvo ni. Siap tempah baju yang lawa-lawa (biasanya kebaya n kot) dan make-up yang sangat tebal berinci-inci (kadang-kadang tu sampai susah nak kenal kawan sendiri)dan jugak dandanan rambut ( biasanya sanggul dan bagi yang berjilbab ada style dia sendiri).

Baju konvo baru je siap petang tadi. Baru last week anta, Alhamdulillah sempat siap jugak. Sangat berpuas hati ngan baju tuu. Baju dah ok tapi si pemakainya yang semakin sehat aka boolat. Camne ni? Takleh imagine laa nanti. Papepun, tunggu je laa pics nanti. Tak sabarnya!!!

Tuesday, January 4, 2011

Tempat Yang Wajib Dilawati 2011,,,

Alkisahnya bile dah takde keje macam ni, macam-macam laa benda terpikir dalam kepala otak ni. Nak pegi sana laa, nak pegi sini laa. Pokoknya, memang menghabiskan duit mak bapak sebab diri sendiri tengah menganggur. Antara tempat-tempat yang sempat singgah dalam pikiranku ini adalah:

1. Langkawi
2. Penang
3. Genting Highlands
4. Colmar Tropicale French-Themed, Bukit Tinggi, Pahang

Actually baru tau je pasal Colmar Tropicale ni. Sebelum ni memang tatau (memalukan betol). Tadi kebetulan kat facebook ada kawan tengah promote tempat ni kat kawan dia. So, bukak laa link ni http://www.kenwooi.com/2010/08/colmar-tropicale.html. Kalau tengok dari gambar-gambar yang ada, memang cantek dan menarik tempat ni. Teringin sangat nak pegi tempat ala-ala French ni. heeee...

Setakat ni, ini je dulu tempat yang saye nak sangaaaatt pegi. Maybe next tyme list ni akan bertambah panjang.

Sekian.

Monday, January 3, 2011

Belum Sampai Seru!!!


Nampaknya dah hampir 2 bulan diriku ini duk goyang kaki je. Ni laa keje orang yang takde keje. Sambil-sambil tu menternak lemak. Memang penternak yang berjaya laa..

Kawan-kawan yang lain dah semangat isi borang SPA n ada yang dah nak pegi interview kat Putrajaya esok. Bukannya susah pun nak isi borang tu kan. Alasan: nak duk rilex-rilex dulu. Ni laa namanya keMALASan. Nak duk senang je keje. Tapi dun worry. Bile sume dah settle, diriku ini akan isi borang n pegi interview dengan senang hatinya.

Goodluck to all my frens yang interview esok!! *Nadia,Nad,Irah n Ezy*
Jangan lupa share tips ye!

Sunday, January 2, 2011

Cuti-cuti Ganu Kite,,,


Dah hampir 1 minggu tapi baru arini je nak post entry ni. Nothing. Just nak share sket pasal experience cuti-cuti kat TERENGGANU on 24th - 25th December 2010. Punya laa mati-mati ingat kat sana hujan tapi bila sampai je, Alhamdulillah nampak langit biru n cerah n paling penting tak hujan (bahasa kampung saye: ceroh ceraco). Actually ada Family Day KKTM tapi saye lak yang menyibuk. Menyibuk ni macam dah jadi hobi pulak sejak dua menjak menganggur ni. Kitorang stay kat Merang Beach Resort n resort dia sangat ok..

Ni pulak first tyme kakak saye drive kete jauh. N yang jadi co-pilot pulak adalah saye. So,kakak saye tuu sangat laa bertuah ye. Bertuah sebab saye ni tak suke tdo kalau jalan jauh-jauh..

Kitorang amek jalan pantai so memang tak rugi laa. Pantai dia sangat cantek n menarik. Angin sepoi-sepoi bahasa dan sangat mendamaikan. Fuhhh, memang dah lame tak cuti-cuti macam ni. Sampai-sampai kat resort, aktiviti pertama kitorang adalah sesi bergambar. Belum ramai yang sampai so boleh laa kitorang posing macam-macam pose. Kalau dah ramai nanti, malu pulak. hehee...

Pastu aktiviti kat swimming pool pulak. Ni aktiviti khas untuk kanak-kanak ribena. Mak n ayah kanak-kanak pun tak nak kalah ngan kanak-kanak ribena ni.

Pastu pegi pantai lagi sebab nak tengok sunset n view-view yang menarik. Kitorang tak mandi pun just basahkan kaki je.

Malam pulak acara makan-makan macam biasa. After makan, terus naik bilik n tdo sebab dah pasang niat esok pagi nak bangun awal-awal nak pegi jogging sambil tengok sunrise. Niat nak bergambar je lebih..

Bangun pagi memang rasa fresh sangat laa. Apelagi, terus pegi pantai amek gambar-gambar wajib: *sunrise, posing lompat-lompat, pose tepi pantai sambil duduk ayu*
Pastu breakfast n siap-siap untuk acara sukaneka. Macam-macam acara ada n happy sangat walaupun tak join sekali. Sebab banyak acara untuk budak-budak kecik je.. Apepun, sangat happy sepanjang kat sane..

Before balik, kitorang singgah beli keropok lekor, satar n otak-otak. Ni pun memang wajib gak ni.

Next tyme nak explore pulau-pulau yang cantek kat sane pulak.